Kelas ICT Individu – Website

27 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Mac 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan Kelas ICT Individu – Website. Seorang peserta terlibat secara individu untuk belajar cara membuat pendaftaran menggunakan website Tabung Baitulmal Sarawak untuk tujuan pinjaman biasiswa anak beliau. Beliau meminta bantuan pihak Staf PEDi untuk mengajar beliau cara mendaftar secara atas talian mengikut langkah-langkah yang betul dan membantu memasukkan segala maklumat yang perlu ke dalam website tersebut.

Kelas ini membantu peserta untuk menguasai kemahiran menggunakan website sekaligus membantu menggunakan website tersebut dengan lebih terperinci untuk memudahkan beliau untuk membuat sebarang kemaskini di masa akan datang. Sesi ini telah diadakan selama 1 jam dari pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali